Tuesday 22 November 2011

konklusi hati

Aku menyendiri di kamar sepi
Ku lihat di sekeliling,segalanya ku miliki
Aku merenung jauh ke dasar hati
Ku raih cinta pertama,namun dikhianati
KAU beriku ganti si dia yang kucintai
Tapi sekali lagi hati diuji
Sekali lagi aku menyendiri
 KAU beriku keluarga dan teman disisi
Hidupku ceria kembali bagai ditiup semangat dalam diri

Disaat hati kuat berdiri
Entah kenapa jiwa terasa sepi
Bagai mencari sesuatu yang aku sendiri tak pasti
Mengapa hadir perasaan sebegini?
Perasaan yang tak pernah aku alami

Ku melangkah kaki cuba mencari konklusi dihati
Kulihat indah ciptaanmu
Kulihat indah kasih sayangmu
Kulihat indah hidayah milikmu
Kulihat indah bayangan jannahmu
Tanpa sedar pipi dibasahi aimata keinsafan
Selama ini aku hidup bagai pohon yang rimbun tanpa akar dan dahan
Lupa bahawa jasad ini hanya pinjaman darimu,
Lupa bahawa yang bernyawa pasti akan menemui mati
Lupa bahawa dunia hanya persinggahan sebelum bertemu akhirat

Titis airmata sekali lagi menghujani diri
Tatkala mengenang dosa yang menggunung tinggi
Malu rasanya diri ini untuk mengadapMU
Apakah KAU terima sujud dari insan yang dipenuhi dosa duniawi ini?
Apakah kau terima doa dari tangan yang disaluti dosa,Setelah segala nikmat yang KAU beri tak pernah disyukuri?
Andai kau hitung amalanku adakah berat timbangan amalanku?
Andai kau ambil nyawaku,adakah roh ini diterima disisimu?

YAALLAH yang maha pemurah
Kumohon keampunan darimu
KAU sambutlah taubat hambamu ini,
KAU terimalah sujudku ini,
KAU hindarilah aku dari siksamu
KAU dekatkanlah aku pada gerbang jannahmu