Thursday 8 November 2012

senja

assalamualaikum.....
ape kabor semua...
kali ni aku nak share ngan korang gambar-gambar yang aku ambek masa hari raya aidiladha yang ke2..
maaf ye...bkn nak tunjuk gambar lembu kena korban ke...x de...tp gambar waktu senja yang aku shot kat blakang rumah arwah tok aku...
saja je time ni..adik-adik aku g lepak kat sawah padi or dalam bahasa kedahnya also known as bendang...
x mau cakap bebanyak...meh aku tunjuk kat korang gambar yang aku snap hari tu meh...
enjoyla ek walaupon korang x mau enjoy...huhuhuh

my 1st p!cture..
matahari



gunung jera! kat belakang rumah tok saya                
kanak-kanak r!bena yang g!la bergambaq...
 okep...tu ja la yang aku nak share kat sini...
hati rasa happy ja bila aku dapat share benda yang aku suka dengan org laen...
hope korang suka....
sama-samala kita ucap subhanallah kalau kita tengok sesuatu yang cantik atau menakjubkan...
sesungguhnya semua itu ciptaan ALLAH yang ALLAH nk tunjukkan kepada umatnya..
dan itu jugalah tanda-tanda kekuasaan ALLAH...

okey then.!setakat ni je dulu ek kengkawan...
next time cheq post gambar-gambar lagi...
insyaallah..law sempat...coz sekarang cuma shot gambaq pakai kumira fon saja..
kumira dah rosak...(T__T)
wassalam...

Sunday 4 November 2012

dalam sujud cintaku


Lagu dalam sujud cintaku nyayian halim devotees berkumandang ditelingaku..kuhayati dan kualami setiap bait-bait kata lagu ini…lagu yang padaku banyak membuat air mataku mengalir mengenangkan segala dosa-dosaku…membuatku mengingatkan diri supaya lebih mengenali siapa sebenarnya diriku,membuatku belajar mensyukuri segala nikmat yg ALLAH S.WT kurniakan kepadaku dan yang pasti  membuatku banyak mengingati pengakhiran kepada sebuah kehidupan setiap anak adam iaitu MATI....

“getirnya cemas dikalbu takut hidup tanpa redhaMU”…sebaris ayat yang membuatku bertanya kepada diriku “apakah aku takut sekiranya ALLAH tak meredhai kehidupanku di dunia yang hanya sementara ni??...jawapan yang kutemui dari persoalanku ini hanyalah linangan airmata,..gementar dan terasa kerdilnya diri ini….

Aku hidup menumpang di dunia milikMU,ku menikmati rezeki kurniaanMU,ku terima segala nikmat pemberianMU,…tapi aku lupa mengucapkan ALHAMDULILLAH atas semua pemberian yang KAU hujani padaku,..aku lupa untuk mengungkapkan ALLAHHUAKHBAR pabila ku melihat kebesaranMU,..dan aku lupa melafazkan ASTAGHFIRULLAH pabila diri penuh dengan lumpur dosa yg ku lakukan di dunia ciptaanMU…

YA RABBI..dari sujud ke sujudku ini,ku menadah tangan memohon agar KAU berikan ku kesempatan untuk menjadi hambaMu yang lebih baik..
YA RABBUL IZZATI..dari sujud ke sujudku ini,ku meminta secebis hidayah milikMU agar dapat ku menyuci lumpur dosa yang selama ini menyelubungi ku…
YA RAHMAN YA RAHIM..dari sujud ke sujudku ini,ku merayu agar KAU redhakanlah kehidupanku,dan KAU akhirkanlah hidupku dalam keadaaan husnul khatimah,dan jauhkanlah aku dari pengakhiran hidup su’ul khatimah………..