Monday, 3 February 2014

hidayah milik ALLAH

assalamualaikum...
hampir 10 bulan tak update blog ni...dalam masa 10 bulan ni jugakla macam-macam dah terjadi dalam hidup saya dan macam-macam pengalaman baru yang saya dah alami...im complete my studies...after 3 year,..do part time job as a kindergarden teacher...being a fisioterapist for a month..convocation...travel to melacca...kl...perlis...penang...selangor.....dan dalam tempoh sepuluh bulan ni jugakla saya cuba cari balik siapa diri saya yang sebenarnya..untuk apa saya diciptakan..dan kenapa saya diciptakan..

hidayah..
hidayah itu milik ALLAH...memang hidayah itu milik ALLAH..tapi itu biukan alasan untuk kita tak berubah menjadi lebih baik...ramai yang cakap tak nak berubah sebab belum sampai seruu....belum dapat hidayah dari ALLAH....macam mana nak dapat hidayah kalau kita tak berusaha langsung nak cari hidayah..kita langsung tak nak tadah tangan memohon hidayah dari ALLAH..

saya pernah buat salah dulu..lalai..seronok sangat dengan dunia..sekarang ni Alhamdulillah...ALLAH tunjuk jalan..ALLAH buka hati saya sedikit demi sedikit...saya belajar untuk ubah diri...(in proggress)cuba lengkapkan apa yang saya tak lengkapkan dulu..cuba baiki cara pemakaiaan saya sedikit demi sedikit....ALHAMDULILLAH hati rasa tenang...tenang dengan kurniaan ALLAH..

buat kawan-kawan yang ada niat nak perbaiki diri menjadi lebih baik...disini saya nak kongsikan cara saya untuk berubah...

FACEBOOK
facebook adalah cara paling mudah dan senang untuk kita nak berubah...cuba add atau follow page-page yang bermanfaat..yang banyak memberi ilmu agama kepada kita,,.contohnya page pendakwah seperti utaz izhar..ustaz don..dan ustaz idrus...then follow jugak orang-orang atau artis-artis yang dah berubah ke arah kebaikan..sebab selalunya mereka akan kongsikan benda yang sangat membantu untuk kita berubah..

MUZIK
muzik juga salah satu cara yang paling berkesan untuk mendatangkan keinsafan dalam diri kita...cuba hayati lagu-lagu berunsur kerohanian..fahami liriknya...banyak sangat lagu-lagu yang dapat memberi kesedaran kepada kita sekarang ni...antaranya...taubat seorang hamba..dinyanyikan oleh hafiz hamidun..menanti di barzakh....dadali..ku tak pantas di syurga...

ALQURAN
semestinya al-quran adalah panduan terbaik untuk kita sucikan diri...baca ia...fahami ia..dan amalkan ia...banyak pengajaran yang kita dapat daripada kitab suci al-quran...sangat menenagkan hati dan jiwa jika al-quran sentiasa dibaca...

TV
elakkan menonton rancangan tv yang x bermanfaat...seriously..sangat berkesan untuk kita berubah jika jarang tonton tv...

BERSENDIRIAN
banyak bersendirian dan berfikir tentang mati...

AVOID
elakkan orang yang mengajak kita melakukan benda yang tak berfaedah...(dengan cara yang baik)..buang atau tunggalkan setiap perkara yang dirasakan menghalang kita untuk dekat dengan ALLAH...contoh..rambut yang diwarnakan...potong atau cukur....baju-baju yang ketat.....dll

semoga apa yang saya kongsikan dapat bagi manfaat kepada semua...
diana amir

irma hasmie

mizz nina

yat hamzah

syamsul yusof

sham kamikaze

mereka dianrtara orang yang diberi hidayah oleh allah....semoga kita sentiasa diberi keampunan oleh ALLAH..dan semoga kita terus istiqamah...